Bengkel Celik Tajwid

Kuasai Tajwid dalam 1 hari?
Betul ke boleh kuasai tajwid dalam masa yang singkat?



Mohon izinkan kami berkongsi.. 
Mohon sedikit masa anda untuk scroll dan baca page ini sampai bawah

Siapa yang bakal bantu anda?




Assalamualaikum dan salam hormat,


Salam perkenalan. Nama saya Ust Syukur Sapuan dari Celik Alquran Dot Com. Saya menjalankan program Alquran khusus untuk dewasa. Tuan puan boleh follow perkongsian saya tentang kelas Alquran di fanpage Celik Alquran Official dan di Blog Celik Alquran


Sebelum ini, saya adalah seorang guru di sekolah rendah di selatan tanah air. Sewaktu di sekolah saya dapati ramai anak-anak kita yang masih lemah dan tidak boleh membaca Alquran dengan baik. Maka, saya pun mengambil inisiatif belajar dan mengkaji cara mudah untuk membantu anak-anak di sekolah untuk mudah menguasai Alquran.


Dalam usaha saya belajar pelbagai kaedah pengajaran Alquran, saya dapati rupa-rupanya di Malaysia ada hampir 30 kaedah pengajaran Alquran selain daripada kaedah iqra dan muqadam. Wow! banyak kan? Contohnya seperti kaedah al-hira', kaedah albaghdadi, kaedah haraki, kaedah al-jabari, kaedah abata, kaedah bidayah dan banyak lagi.


Saya pun kongsikan cara dan kaedah pengajaran ini kepada anak-anak murid saya di sekolah. Hasilnya ramai anak murid saya yang dapat menguasai Alquran dengan lebih baik. Ada peningkatan dalam kualiti bacaan mereka. Mereka yang kerap confius huruf menjadi semakin mudah membezakan bentuk huruf. Mereka yang kerap silap dalam bacaan, menjadi semakin baik tajwidnya. Semua ini dengan izin Allah, alhamdulillah.


Apabila saya kongsikan kaedah-kaedah ini kepada anak-anak murid, wujud pula permintaan daripada ibu bapa dan orang dewasa untuk turut belajar. Pada mulanya saya terkejut, saya tertanya-tanya.. "Ada ke orang dewasa yang masih belum pandai mengaji Alquran?".


Rupa-rupanya memang masih ramai orang dewasa yang masih belum boleh mengaji Alquran dengan baik. Sebab itu lah saya mengadakan program ini. Khusus untuk membantu orang dewasa daripada zero tidak mengenal huruf sehinggalah boleh membaca Alquran bertajwid.


Program Alquran dewasa yang saya adakan terbahagi kepada 2 bahagian:

  1. Celik Huruf (picit link untuk info - ini khusus untuk mereka yang tak kenal huruf)
  2. Celik Tajwid (kuasai tajwid tanpa perlu hafal nama-nama hukum tajwid)

Matlamat kami untuk membantu orang dewasa untuk belajar dan menguasai bacaan Alquran dengan cara yang mudah, ringkas dan praktikal.


Baiklah.. Mari saya kongsikan apa yang bakal kita belajar dalam sesi Celik Tajwid.


Sesi Celik Tajwid adalah selama 1 hari. Dalam tempoh ini, matlamat kita adalah supaya boleh menguasai bacaan Alquran bertajwid walaupun langsung tak hafal nama-nama hukum tajwid.


Bagaimana tu?

Sebagai contoh..

Hukum bacaan panjang dan pendek dalam Alquran dipanggil sebagai Mad. 

Pembahagian Mad pula terbahagi kepada 19 iaitu: 


  1. Mad Asli
  2. Mad Asli Harfi
  3. Mad Iwad
  4. Mad Badal
  5. Mad Silah Qosirah
  6. Mad Silah Tawilah
  7. Mad Lin
  8. Mad Wajib Muttasil
  9. Mad Jaiz Munfasil
  10. Mad Aridh Lissukun
  11. Mad Lazim Kalimi Musaqol
  12. Mad Lazim Kalimi Mukhafaf
  13. Mad Lazim Harfi Musaqol
  14. Mad Lazim Harfi Mukhafof
  15. Mad Tabri'ah
  16. Mad Tamkin
  17. Mad Ta'zim
  18. Mad Syahibul Badal
  19. Mad Faraq


Banyak kan? :'(


Namun.. usah risau, dalam sesi Celik Tajwid saya bakal kongsikan cara 'shortcut' untuk kuasai bacaan panjang pendek yang betul dan praktikal walaupun langsung tak hafal nama-nama mad yang banyak ini.


Sebagai makluman, bab Mad adalah antara bab yang paling banyak nama-nama hukumnya dan yang paling banyak dibaca dengan salah.


Apa kesannya jika kita membaca bacaan panjang pendek dengan bacaan yang salah? Kesannya adalah berdosa kerana tidak memelihara cara bacaan Alquran dengan betul.


Saya kongsikan salah satu shortcut di video ini;




Selain daripada bab panjang pendek ini, kita juga bakal pelajari;

  • Mindset Bacaan Tajwid Alquran
  • Makhraj dan Sifat Huruf
  • Shortcut bagi Bacaan Sukun
  • Shortcut bagi Bacaan Syaddah
  • Shortcut bagi Bacaan Izhar, Ikhfa', Iqlab, dan Idgham
  • Shortcut bagi Bacaan Huruf Muqataah
  • Shortcut bagi Bacaan Hamzah Wasal
  • Cara memberhentikan dan memulakan bacaan
  • Semakan bacaan Surah Yasin


InsyaAllah dalam masa 1 hari..

>>> Kami bantu anda daripada ZERO Tak Lancar Baca sampai boleh membaca Alquran bertajwid.

>>> Dalam masa 1 hari, kami bantu anda untuk kuasai bacaan Alquran bertajwid walaupun langsung TAK HAFAL nama-nama hukum tajwid!



  • Kelas Celik Tajwid fokus membantu orang dewasa yang mahu kuasai bacaan bertajwid tanpa perlu hafal nama-nama hukum tajwid.
  • Daripada membaca dengan tajwid berterabur, tamat kelas 1 hari sudah boleh kuasai bacaan Alquran dengan tajwid yang betul.
  • Kelas privasi dewasa. Tidak bercampur dengan kanak-kanak atau remaja
  • Kaedah yang praktikal dan mudah difahami


Klik video di bawah untuk tonton maklumbalas peserta dan 

bagaimana ia boleh bantu diri anda:



Kelas-kelas yang lepas dan apa kata peserta..


"Dulu saya mengaji, 

Dah lama tinggal tak praktik jadi lupa sehinggalah..."




"Rupanya ada cara SHORTCUT nak ingat dan faham hukum tajwid ni"





Suasana pembelajaran dalam kelas







Maklumbalas lain daripada bekas peserta


Kaedah Unik dan Senang Faham

"Kaedah yang digunakan oleh Celik Alquran dalam 

kelas Celik Huruf dan Celik Tajwid ni unik dan senang difahami"

~ Akmal 



Kaedah Express Bagi Yang Tak Banyak Masa

"Saya telah jumpa suatu kaedah belajar mengaji yang express 

bagi mereka yang tidak mempunyai masa" 

~ NorAsyikin, Tebrau Johor


Dah Boleh Jadi Imam untuk Anak Isteri

"Terima kasih ustaz, saya seronok sangat. 

Sekarang dah boleh jadi imam apabila solat dengan anak isteri saya!" 

~ Tuan Razak



Saya juga pernah mendapat liputan daripada Majalah Mingguan Wanita mengenai program Celik Alquran dewasa yang dijalankan. :)




Berminat untuk mendaftar?

Ini adalah lokasi dan tarikh terdekat bagi program yang dijalankan.


Johor Bharu

Tarikh : Jumaat,11 November 2016

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Bandar Baru Uda, Johor Bharu


Shah Alam

Tarikh : Ahad, 13 November 2016

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Shah Alam


Johor Bharu

Tarikh : Sabtu, 31 Disember 2016

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Damansara Alif, Johor Bharu


Pelaburan Anda

RM180 daftar 1 orang

RM300 daftar 2 orang
(jimat RM60!)




Untuk kami bantu kuasai bacaan Alquran bertajwid
tanpa perlu hafal nama-nama hukum tajwid.

 


Ini KELAS PRAKTIKAL

Dah Ramai Orang Berjaya Kami Bantu... 
dan Kami 100% Yakin Anda Juga Boleh DIbantu!

InsyaAllah.


Datanglah dan daftar lah untuk belajar.



Tempat Terhad. 
Daftar SEKARANG

Isi Borang Di Bawah Untuk Daftar Dan 
Mula Membaca Alquran Dengan Yakin Dan Bertajwid



Jika menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan,

sila hantar emel anda ke jomcelikalquran@gmail.com atau hubungi di talian 018 4747 344





Soalan Lazim

1. Siapa yang sesuai hadiri kelas ini?

Kelas Celik Tajwid ini sangat sesuai untuk orang dewasa yang ingin kuasai tajwid dalam masa yang pantas. Hanya dewasa sahaja. Dalam kelas ini, kita memang tidak bercampur dengan kanak-kanak dan remaja.


2. Saya masih belum kenal huruf, adakah saya sesuai sertai kelas ini?

Maaf. Jika anda masih belum mengenal huruf, kelas ini tidak sesuai untuk anda. Namun kami cadangkan anda sertai kelas Celik Huruf. Kelas Celik Huruf memang direka untuk orang dewasa yang hadapi masalah tak kenal huruf dan ingin belajar dalam masa yang pantas.


3. Saya dah kenal huruf, tetapi baca Alquran merangkak-rangkak. Sesuai sertai kelas? 

Jika anda sudah kenal huruf, insyaAllah sesuai.
Masalah merangkak-rangkak dalam bacaan penyelesaiannya adalah melalui latihan berterusan. Dalam kelas Celik Tajwid ini memang kita akan tekankan latihan supaya bacaan menjadi semakin lancar dan baik.


4. Mengapa letakkan bayaran untuk kelas Alquran? 

Sebelum kami menetapkan harga, kami telah merujuk beberapa orang pakar dalam hukum mengambil bayaran ini.  Anda boleh dengar apa kata Ustaz Azhar Idrus berkenaan hal ini:




5. Tiada diskaun lagi?

Untuk mendapat diskaun, kami cadangkan anda mendaftar secara pukal (bulk)

Kerana yuran menjadi semakin rendah apabila membuat pendaftaran secara pukal.
Yuran daftar 1 orang RM180
Yuran daftar 2 orang RM300 (Jimat RM60)

Boleh ajak sahabat-sahabat untuk daftar dan belajar bersama, pasti lebih menyeronokkan kan?


6. Cukup belajar 1 hari?

Kami akan sampaikan pembelajaran tajwid Alquran dengan cara yang mudah dan simple

Sasaran kami, dalam masa 1 hari anda boleh kuasai tajwid Alquran. Seterusnya boleh membaca Alquran dengan penuh yakin walaupun langsung tak hafal nama-nama hukum tajwid.


7. Boleh kah saya nak sponsor orang lain untuk sertai kelas ini?

Boleh. Mohon hubungi Team kami melalui emel untuk perbincangan lanjut.
Emel ke, jomcelikalquran@gmail.com


8. Berapa ramai yang berjaya belajar melalui sesi Celik Huruf dan Celik Tajwid ni?

Alhamdulillah, kami sudah 17 bulan mengadakan kelas Alquran khusus dewasa. Sepanjang tempoh ini, kami telah membantu hampir 300 orang dewasa daripada zero tak kenal huruf sehingga boleh membaca Alquran bertajwid.

9. Ada soalan lain?

Boleh hubungi kami di whatapps 018-4747 344. Atau emel ke jomcelikalquran@gmail.com




Tempat Terhad. 
Daftar SEKARANG

Isi Borang Di Bawah Untuk Daftar Dan 
Mula Membaca Alquran Dengan Yakin Dan Bertajwid


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Bengkel CELIK TAJWID (Johor Bharu) - 11 November 2016 HABIS STOK
Bengkel CELIK TAJWID (Shah Alam) - 13 November 2016 HABIS STOK
Bengkel CELIK TAJWID (Johor Bharu) - 31 Disember 2016
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel jomcelikalquran@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.

PENGESAHAN