Bengkel Intensif Celik Alquran

Siapa yang bakal bantu anda?
Assalamualaikum dan salam hormat,
Salam perkenalan. Nama saya Ust Syukur Sapuan dari Celik Alquran Dot Com. Saya menjalankan program Alquran khusus untuk dewasa. Tuan puan boleh follow perkongsian saya tentang kelas Alquran di fanpage Celik Alquran Official dan di Blog Celik Alquran
Sebelum ini, saya adalah seorang guru sekolah rendah di selatan tanah air. Sewaktu di sekolah saya dapati ramai anak-anak kita yang masih lemah dan tidak boleh membaca Alquran dengan baik.
Maka, saya pun mengambil inisiatif belajar dan mengkaji cara mudah untuk membantu anak-anak di sekolah supaya mudah menguasai bacaan Alquran.
Dalam usaha saya belajar pelbagai kaedah pengajaran Alquran, saya dapati rupa-rupanya di Malaysia ada lebih 30 kaedah pengajaran Alquran selain daripada kaedah iqra dan muqadam.
Wow! banyak kan? Contohnya seperti Kaedah Al-Hira', Kaedah Al-Baghdadi, Kaedah Haraki, Kaedah Al-Jabari, Kaedah Abata, Kaedah Bidayah dan banyak lagi.
Saya pun belajar seterusnya kongsikan semula cara dan kaedah pengajaran ini kepada anak-anak murid saya di sekolah. Hasilnya ramai anak murid saya yang dapat menguasai Alquran dengan lebih baik.
Ada peningkatan dalam kualiti bacaan mereka. Mereka yang kerap confius huruf menjadi semakin mudah membezakan bentuk huruf. Mereka yang kerap silap dalam bacaan, menjadi semakin baik tajwidnya. Semua ini dengan izin Allah, alhamdulillah.
Apabila saya kongsikan kaedah-kaedah ini kepada anak-anak murid, wujud pula permintaan daripada ibu bapa dan orang dewasa untuk turut belajar.
Pada mulanya saya terkejut, saya tertanya-tanya.. "Ada ke orang dewasa yang masih belum pandai mengaji Alquran?".
Rupa-rupanya memang masih ramai orang dewasa yang masih belum boleh mengaji Alquran dengan baik.
Sebab itu lah saya mengadakan program ini. Khusus untuk membantu orang dewasa daripada zero tidak mengenal huruf sehinggalah boleh membaca Alquran bertajwid.
Program Alquran dewasa yang saya adakan terbahagi kepada 2 bahagian:
- Seminar ASAS Alquran (picit link untuk info - ini khusus untuk mereka yang tak kenal huruf)
- Bengkel Intensif Celik Alquran (kuasai tajwid tanpa perlu hafal nama-nama hukum tajwid)
Matlamat program ini untuk membantu golongan dewasa belajar dan menguasai bacaan Alquran dengan cara yang mudah, ringkas dan praktikal.
Baiklah.. Mari saya kongsikan apa yang bakal kita belajar dalam bengkel ini.
Sesi Bengkel Intensif Celik Alquran adalah selama 2 hari. Dalam tempoh ini, matlamat kita adalah supaya boleh menguasai bacaan Alquran bertajwid walaupun langsung tak hafal nama-nama hukum tajwid.
Bagaimana tu?
Sebagai contoh..
Hukum bacaan panjang dan pendek dalam Alquran dipanggil sebagai Mad.
Pembahagian Mad pula terbahagi kepada 19 iaitu:
- Mad Asli
- Mad Asli Harfi
- Mad Iwad
- Mad Badal
- Mad Silah Qosirah
- Mad Silah Tawilah
- Mad Lin
- Mad Wajib Muttasil
- Mad Jaiz Munfasil
- Mad Aridh Lissukun
- Mad Lazim Kalimi Musaqol
- Mad Lazim Kalimi Mukhafaf
- Mad Lazim Harfi Musaqol
- Mad Lazim Harfi Mukhafof
- Mad Tabri'ah
- Mad Tamkin
- Mad Ta'zim
- Mad Syahibul Badal
- Mad Faraq
Banyak kan? :'(
Namun.. usah risau, dalam sesi Bengkel Intensif saya kongsikan cara 'shortcut' untuk kuasai bacaan panjang pendek yang betul dan praktikal walaupun langsung tak hafal nama-nama mad yang banyak ini.
Sebagai makluman, bab Mad adalah antara bab yang paling banyak nama-nama hukumnya dan yang paling banyak dibaca dengan salah.
Apa kesannya jika kita membaca bacaan panjang pendek dengan bacaan yang salah?
Kesannya adalah BERDOSA kerana tidak memelihara cara bacaan Alquran dengan betul.
Saya kongsikan salah satu shortcut di video ini;
- Mindset Bacaan Tajwid Alquran
- Makhraj dan Sifat Huruf
- Shortcut bagi Bacaan Panjang Pendek
- Shortcut bagi Bacaan Sukun
- Shortcut bagi Bacaan Syaddah
- Shortcut bagi Bacaan Izhar, Ikhfa', Iqlab, dan Idgham
- Shortcut bagi Bacaan Huruf Muqataah
- Shortcut bagi Bacaan Hamzah Wasal
- Cara memberhentikan dan memulakan bacaan
- Semakan bacaan Surah Yasin
InsyaAllah dalam masa 2 hari..
- Bengkel Intensif fokus membantu orang dewasa yang mahu kuasai bacaan bertajwid tanpa perlu hafal nama-nama hukum tajwid.
- Daripada membaca dengan tajwid berterabur, tamat sesi 2 hari sudah boleh kuasai bacaan Alquran dengan tajwid yang betul.
- Bengkel privasi dewasa. Tidak bercampur dengan kanak-kanak atau remaja
- Kaedah yang praktikal dan mudah difahami
Klik video di bawah untuk tonton maklumbalas peserta dan
bagaimana ia boleh bantu diri anda:
Kelas-kelas yang lepas dan apa kata peserta..
"Dulu saya mengaji,
Dah lama tinggal tak praktik jadi lupa sehinggalah..."
"Rupanya ada cara SHORTCUT nak ingat dan faham hukum tajwid ni"
Suasana pembelajaran dalam kelas
Maklumbalas lain daripada bekas peserta
Kaedah Unik dan Senang Faham
"Kaedah yang digunakan oleh Celik Alquran dalam
kelas Celik Huruf dan Celik Tajwid ni unik dan senang difahami"
~ Akmal
Kaedah Express Bagi Yang Tak Banyak Masa
"Saya telah jumpa suatu kaedah belajar mengaji yang express
bagi mereka yang tidak mempunyai masa"
~ NorAsyikin, Tebrau Johor
Dah Boleh Jadi Imam untuk Anak Isteri
"Terima kasih ustaz, saya seronok sangat.
Sekarang dah boleh jadi imam apabila solat dengan anak isteri saya!"
~ Tuan Razak
Saya juga pernah mendapat liputan daripada Majalah Mingguan Wanita mengenai program Celik Alquran dewasa yang dijalankan. :)
Berminat untuk mendaftar?
Ini adalah lokasi dan tarikh terdekat bagi program yang dijalankan.
Bangi SESI SELESAI
Tarikh : Sabtu dan Ahad (18 & 19 Mac 2017)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Celik Alquran HQ
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Bangi
Tarikh : Sabtu dan Ahad (1 & 2 April 2017)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Celik Alquran HQ
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Bangi
Tarikh : Rabu dan Khamis (5 & 6 April 2017)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Celik Alquran HQ
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Kuala Lumpur
Tarikh : Sabtu dan Ahad (15 & 16 April 2017)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : My Space Training Centre
Ampang, Kuala Lumpur
Ini BENGKEL PRAKTIKAL
Dah Ramai Orang Berjaya Kami Bantu
dan Kami 100% Yakin Anda Juga Boleh DIbantu!
InsyaAllah.
Daftar lah untuk belajar.