BOLEH KE BACA ALQURAN BERTAJWID TANPA HAFAL
NAMA-NAMA HUKUM TAJWID?
Assalamualaikum. Salam Perkenalan.
Nama saya Syukur Sapuan. Juga dikenali sebagai Ustaz Syukur dikalangan pelajar-pelajar kelas saya. Saya merupakan pengasas bagi Program Celik Alquran khusus Dewasa (www.celikalquran.com).
Saya boleh ditemui di Profile FB Syukur Sapuan dan di Fanpage Celik Alquran Official. Sebelum ini saya adalah seorang guru di Negeri Johor. Namun, kini saya telah berhenti kerja dan fokus fulltime mengajar Alquran khusus untuk Orang Dewasa. Impian saya adalah untuk membantu golongan dewasa yang masih belum boleh membaca Alquran kepada boleh membaca Alquran bertajwid.
Apa yang istimewanya tentang kelas saya adalah - saya mengajar menggunakan kaedah yang mudah dan simple untuk difahami.
Saya menggunakan Kaedah Konseptual. Melalui kaedah ini, saya menekankan konsep Perlu Faham bukan Perlu Hafal untuk sesuatu bab dan hukum tajwid.
InsyaAllah, dengan izin Allah mereka yang hadiri kelas dalam masa beberapa jam sahaja daripada tidak boleh membaca Alquran bertajwid kepada boleh membaca bertajwid walaupun langsung tak hafal nama-nama hukum tajwid.
Selepas beberapa kali saya membuat kelas, ada permintaan dikalangan pelajar untuk saya rakamkan point-point penting ke dalam bentuk video supaya boleh dirujuk dan ditonton berulang kali. Maka dengan itu, lahirlah DVD Celik Tajwid Bahagian 1.
Dalam DVD ini, saya bantu selesaikan masalah mereka yang selalu keliru tentang bab Mad (Bacaan Panjang). Apa kesilapan yang selalu dibuat? Iaitu bacaan yang panjang dibaca pendek, manakala yang pendek dibaca panjang!
Sebagai makluman, bab Mad adalah antara bab yang paling banyak nama-nama hukumnya dan yang paling banyak dibaca dengan salah.
Ada 19 nama-nama hukum Mad, iaitu;
- Mad Asli
- Mad Asli Harfi
- Mad Iwad
- Mad Badal
- Mad Silah Qosirah
- Mad Silah Tawilah
- Mad Lin
- Mad Wajib Muttasil
- Mad Jaiz Munfasil
- Mad Aridh Lissukun
- Mad Lazim Kalimi Musaqol
- Mad Lazim Kalimi Mukhafaf
- Mad Lazim Harfi Musaqol
- Mad Lazim Harfi Mukhafof
- Mad Tabri'ah
- Mad Tamkin
- Mad Ta'zim
- Mad Syahibul Badal
- Mad Faraq
Apa kesannya jika kita membaca bacaan panjang pendek dengan bacaan yang salah? Kesannya adalah berdosa kerana tidak memelihara cara bacaan Alquran dengan betul.
Sebab itulah saya rakamkan DVD ini. Saya penuh percaya ia boleh membantu menyelesaikan masalah ramai orang!
Apa istimewanya DVD ini?
Dalam DVD ini, saya permudahkan konsep pemahaman cara bacaan panjang dan pendek. Sebagai contoh, dalam DVD saya terangkan:
- Apabila jumpa ________ perlu dibaca _________
- Huruf ini membantu untuk ___________
- Ini bentuk istimewa, apabila jumpa perlu baca ________
- Untuk kalimah _________ tetap bacaannya
Senang kata, lepas habis tonton DVD ini tuan/puan akan dapat membaca bacaan panjang dan pendek dengan betul tanpa silap walaupun langsung tak hafal nama-nama hukum mad yang banyak tadi. Ini JAMINAN saya - insyaAllah.
Apa bukti saya penuh percaya DVD ini boleh membantu tuan puan?
=======
Kita lihat beberapa komen pengguna DVD
=======
Komen Tuan Rosmi Zamzuri,
"Suara jelas, penerangan dan gambarnya senang faham"
Komen Cikpuan Liza Hassan,
"Terima kasih kerana beri peluang untuk belajar tajwid dengan Ustaz.
Saya selalu keliru bacaan panjang 4,5,6 harakat tu. Hari ni dah clear. Alhamdulillah."
Komen Cikpuan Zalea Yusoff,
"Saya baru selesai menonton kesemua episod rakaman Tuan.
Video ini amat membantu untuk kategori yang mahu belajar dari asas
sehingga mampu memperelokkan bacaan."
.
Selain itu, setiap pembelian DVD ini juga dilindungi oleh Takaful Ilmu.
Saya melindungi setiap pembelian tuan/puan. Dalam masa 7 hari sekiranya merasakan DVD ini tiada manfaat bolehlah pulangkan semula. Saya akan refund tanpa banyak soal.
Ya.. Baiklah, saya berminat nak dapatkan. Berapa harga DVD Celik Tajwid ini?
Harganya RM50 sahaja. PERCUMA Penghantaran.
Cara untuk dapatkan?
Mohon lengkapkan borang dibawah.
1. Klik bahagian Kuantiti (pilih jumlah pesanan)
2. Selepas pilih kuantiti, masukkan kod kupon (jika ada)
3. Klik Seterusnya
4. Pilih Bank Pembayaran
5. Selepas buat bayaran, masukkan maklumat untuk penghantaran
Mari kita bersama-sama upgred cara bacaan Alquran supaya sentiasa lebih baik.
Salam hormat dari Ust Syukur.
Pengasas program Celik Alquran khusus Dewasa.
Celik Alquran,
~ Malu Tiada, Akhirat Bahagia